TASKA AMILAH
TASKA AMILAH Panduan Portal Yuran
Panduan Ibu Bapa
PANDUAN IBU BAPA & PENJAGA

Panduan Portal Yuran

Panduan mudah untuk menyemak invois, membuat pembayaran, menyemak status dan mendapatkan resit rasmi.

Pilih topik untuk bermula
DAFTAR & LOG MASUK

Pendaftaran Portal Yuran

Akaun Portal Yuran didaftarkan oleh pihak TASKA AMILAH. Ibu bapa/penjaga tidak perlu dan tidak boleh mendaftar akaun sendiri.

Belum mempunyai akaun?

Mulakan dengan mengisi Borang Pendaftaran Portal Yuran.

1
LANGKAH 1

Isi Borang Pendaftaran Portal Yuran

Ibu bapa/penjaga mengisi maklumat yang diperlukan untuk pendaftaran Portal Yuran.

2
LANGKAH 2

TASKA AMILAH Daftarkan Akaun

Selepas maklumat diterima, pihak TASKA AMILAH akan menyemak dan mendaftarkan akaun ibu bapa/penjaga ke dalam sistem.

3
LANGKAH 3

Semak Emel

Selepas akaun didaftarkan, ibu bapa/penjaga akan menerima emel yang mengandungi pautan untuk menetapkan kata laluan.

PENTING

Pastikan alamat emel yang diberikan dalam Borang Pendaftaran Portal Yuran adalah betul dan aktif.

DAFTAR & LOG MASUK

Tetapkan Kata Laluan

Selepas akaun Portal Yuran didaftarkan oleh TASKA AMILAH, ibu bapa/penjaga akan menerima emel untuk menetapkan kata laluan.

1
LANGKAH 1

Semak Emel

Buka emel berkaitan akaun Portal Yuran yang diterima selepas pihak TASKA AMILAH mendaftarkan akaun.

2
LANGKAH 2

Klik Pautan Dalam Emel

Tekan pautan yang diberikan untuk membuka halaman penetapan kata laluan.

3
LANGKAH 3

Tetapkan Kata Laluan Baharu

Masukkan kata laluan baharu dan lengkapkan proses penetapan kata laluan.

Tidak menerima emel?

Semak folder Spam / Junk. Jika masih tidak diterima, hubungi pihak TASKA AMILAH.

DAFTAR & LOG MASUK

Log Masuk Portal Yuran

Selepas kata laluan berjaya ditetapkan, anda boleh log masuk ke Portal Yuran.

AKAUN PORTAL

Tetapan Akaun

Pilih bahasa portal dan nama lalai pada resit selepas log masuk.

1
AKAUN IBU BAPA

Buka Menu Akaun

Selepas log masuk, tekan bahagian Akaun Ibu Bapa / Parent Account yang memaparkan nama anda di bahagian atas portal.

2
BAHASA

Pilih Bahasa Portal

Pada pilihan Bahasa / Language, pilih Bahasa Melayu atau English.

3
NAMA PADA RESIT

Pilih Nama Lalai

Pada pilihan Nama lalai pada resit / Default receipt name, pilih nama yang anda mahu gunakan daripada senarai nama yang tersedia dalam akaun. Pilihan ini dipaparkan apabila terdapat lebih daripada satu nama.

4
SIMPAN

Simpan Tetapan Akaun

Tekan Simpan tetapan / Save preferences. Nama pilihan anda akan dipilih secara automatik semasa pembayaran seterusnya.

SEMAK NAMA SEBELUM MEMBAYAR

Anda masih boleh memilih nama lain yang tersedia pada bahagian Nama pembayar pada resit sebelum membuat pembayaran. Menukar tetapan ini tidak menukar nama pada pembayaran atau resit lama.

PILIHAN BAHASA

Pilihan bahasa digunakan dalam portal ibu bapa selepas log masuk serta notifikasi yang menyokong pilihan tersebut. Halaman log masuk, tetapan semula kata laluan dan resit kekal dalam Bahasa Inggeris.

AKAUN PORTAL

Lupa Kata Laluan?

Gunakan alamat emel akaun Portal Yuran yang telah didaftarkan untuk menetapkan semula kata laluan.

1
LANGKAH 1

Pilih Lupa Kata Laluan

Tekan Forgot Password / Lupa Kata Laluan pada halaman Log Masuk Portal Yuran.

2
LANGKAH 2

Masukkan Emel Berdaftar

Masukkan alamat emel yang digunakan untuk akaun Portal Yuran dan telah didaftarkan oleh TASKA AMILAH.

3
LANGKAH 3

Semak Emel

Semak emel anda, klik pautan reset kata laluan yang diterima dan tetapkan kata laluan baharu.

Tidak menerima emel?

Semak folder Spam / Junk. Jika masih tidak diterima, hubungi pihak TASKA AMILAH.

INVOIS

Semak Invois

Semak invois yuran, baki tertunggak dan maklumat pembayaran melalui Portal Yuran.

1
LANGKAH 1

Log Masuk Portal Yuran

Log masuk menggunakan akaun Portal Yuran yang telah didaftarkan.

2
LANGKAH 2

Buka My Invoices

Pilih My Invoices untuk melihat senarai invois yang telah dikeluarkan.

3
LANGKAH 3

Lihat Maklumat Invois

Tekan View pada invois untuk melihat maklumat dengan lebih terperinci.

MAKLUMAT INVOIS

Maklumat yang boleh disemak

Nama kanak-kanak No. invois Tarikh invois Tarikh akhir bayaran Jumlah yuran Voucher / Diskaun Jumlah perlu dibayar Status invois
INVOIS

Lebih Daripada Seorang Anak?

Tidak perlu akaun berasingan untuk setiap anak.

AKAUN IBU BAPA
ANAK 1 Invois Anak 1
ANAK 2 Invois Anak 2
SATU AKAUN, BEBERAPA ANAK

Jika lebih daripada seorang anak didaftarkan di TASKA AMILAH, invois bagi setiap anak boleh dilihat dan diuruskan melalui akaun Portal Yuran ibu bapa/penjaga yang sama.

INVOIS

Voucher & Diskaun

Voucher atau diskaun yang layak akan dipaparkan pada invois.

ANAK 1

Invois RM480

Voucher -RM50
JUMLAH PERLU DIBAYAR RM430
ANAK 2

Invois RM480

Voucher: Tiada
JUMLAH PERLU DIBAYAR RM480
Penting

Semak voucher atau diskaun yang dipaparkan pada setiap invois sebelum membuat pembayaran.

SEBELUM BAYAR

Pilih Invois

Pilih satu atau lebih invois yang ingin dibayar sebelum meneruskan pembayaran.

1
LANGKAH 1

Pilih Invois

Tandakan ✓ pada invois yang ingin dibayar.

2
PILIHAN INVOIS

Pilih Lebih Daripada Satu Invois

Anda boleh memilih beberapa invois untuk dibayar dalam satu transaksi.

CONTOH PEMILIHAN 2 invois dipilih
Invois Anak 1
RM430
Invois Anak 2
RM480
JUMLAH PERLU DIBAYAR RM910
PEMBAYARAN

Cara Pembayaran

Pilih kaedah pembayaran yang ingin digunakan.

SEBELUM MENERUSKAN

Pastikan invois dan jumlah yang perlu dibayar adalah betul sebelum memilih kaedah pembayaran.

NAMA PEMBAYAR PADA RESIT

Semasa melengkapkan pembayaran, semak pilihan Nama pembayar pada resit / Payer name on receipt. Nama lalai anda dipilih secara automatik. Pilih nama lain yang tersedia jika perlu sebelum membayar kerana nama pada pembayaran tersebut akan dikunci.

DUITNOW QR MELALUI TOYYIBPAY

Jika diaktifkan untuk TASKA AMILAH, pilihan DuitNow QR boleh tersedia pada halaman pembayaran ToyyibPay. Ikut arahan yang dipaparkan dan semak status pembayaran dalam Portal Yuran selepas selesai. Jika pilihan QR tidak dipaparkan, gunakan kaedah yang tersedia.

FPX / TOYYIBPAY

Pembayaran FPX

Ikuti langkah berikut untuk membuat pembayaran secara dalam talian.

1
INVOIS

Pilih Invois

Tandakan satu atau lebih invois yang ingin dibayar.

2
PORTAL YURAN

Pay Selected Invoices

Tekan Pay Selected Invoices selepas memilih invois.

3
TOYYIBPAY

Teruskan ke ToyyibPay

Anda akan dibawa ke halaman pembayaran ToyyibPay.

4
FPX

Pilih Bank & Selesaikan Pembayaran

Pilih bank anda dan lengkapkan pembayaran melalui FPX.

5
PORTAL YURAN

Kembali ke Portal Yuran

Selepas pembayaran selesai, anda akan kembali ke Portal Yuran untuk menyemak status pembayaran.

SELEPAS BAYARAN

Jika pembayaran berjaya dan telah disahkan, status invois akan dikemas kini dan resit pembayaran akan tersedia.

Jika pembayaran masih dalam proses pengesahan, status Pembayaran Sedang Disemak (Checking Payment Status) mungkin dipaparkan. Jangan buat pembayaran baharu sehingga semakan selesai.

PEMBAYARAN FPX

Pembayaran Berjaya

Jika pembayaran telah menerima pengesahan berjaya daripada ToyyibPay.

PEMBAYARAN DISAHKAN
Diluluskan
Invoice Dibayar
Baki Invoice Dikemas Kini
Resit Rasmi Tersedia
SEJARAH PEMBAYARAN

Resit rasmi boleh disemak melalui Sejarah Pembayaran.

STATUS BAYARAN

Pembayaran Sedang Disemak

Apa yang perlu dilakukan jika status ini dipaparkan?

JANGAN BUAT PEMBAYARAN BAHARU

Status Pembayaran Sedang Disemak tidak bermaksud pembayaran telah gagal.

APA MAKSUD STATUS INI?

Status ini dipaparkan apabila ToyyibPay masih belum memberikan pengesahan akhir bagi sesuatu pembayaran.

1
SEJARAH PEMBAYARAN

Buka Sejarah Pembayaran

Pergi ke bahagian Sejarah Pembayaran dalam Portal Yuran.

2
REKOD PEMBAYARAN

Cari Rekod Pembayaran

Cari rekod berstatus Pembayaran Sedang Disemak.

3
SEMAK STATUS

Semak Status Pembayaran

Tekan Semak Status Pembayaran untuk mendapatkan status terkini daripada ToyyibPay.

STATUS BAYARAN

Keputusan Semakan Pembayaran

Selepas menekan Semak Status Pembayaran, salah satu keputusan berikut mungkin dipaparkan.

STATUS PEMBAYARAN

BERJAYA

Diluluskan
Invoice Dibayar
Baki Dikemas Kini
Resit Tersedia
Tiada tindakan lanjut diperlukan.
STATUS PEMBAYARAN

MASIH DIPROSES

Transaksi masih dalam proses pengesahan oleh ToyyibPay.

TINDAKAN Tunggu sebentar dan tekan Semak Status Pembayaran sekali lagi.
Jangan buat pembayaran baharu.
STATUS PEMBAYARAN

TIDAK BERJAYA

Pembayaran tidak berjaya diselesaikan. Semak akaun bank anda terlebih dahulu sebelum membuat pembayaran semula.

Pastikan wang tidak ditolak daripada akaun bank sebelum meneruskan pembayaran.
STATUS PEMBAYARAN

TIDAK DAPAT DIPASTIKAN

PERLUKAN SEMAKAN MANUAL Hubungi TASKA AMILAH

Berikan nombor rujukan pembayaran yang bermula dengan PTA.

CONTOH NOMBOR RUJUKAN PTA2609-012
JIKA WANG TELAH DITOLAK DARIPADA AKAUN BANK

Jangan tekan Teruskan Pembayaran dan jangan membuat pembayaran kali kedua.

Tekan Semak Status Pembayaran terlebih dahulu. Jika status masih tidak berubah, hubungi TASKA AMILAH dan berikan nombor rujukan PTA.

PEMBAYARAN FPX

Teruskan Pembayaran

Gunakan fungsi ini hanya apabila pembayaran sebelumnya tidak berjaya diselesaikan.

PASTIKAN WANG BELUM DITOLAK

Gunakan Teruskan Pembayaran hanya apabila pembayaran sebelumnya tidak selesai dan wang tidak ditolak daripada akaun bank.

1
SEMAKAN AWAL

Semak Status Terlebih Dahulu

Dalam Sejarah Pembayaran, tekan Semak Status Pembayaran.

2
KEPUTUSAN

Pastikan Tidak Berjaya

Teruskan hanya jika keputusan menunjukkan Tidak Berjaya dan wang tidak ditolak.

3
TERUSKAN PEMBAYARAN

Tekan Teruskan Pembayaran

Tekan butang Teruskan Pembayaran pada rekod pembayaran berkenaan.

4
TOYYIBPAY

Lengkapkan Pembayaran

Sistem akan membuka semula bil ToyyibPay yang sama. Pilih bank dan lengkapkan pembayaran melalui FPX.

5
SEMAKAN AKHIR

Semak Status Semula

Kembali ke Sejarah Pembayaran dan semak status transaksi.

JIKA PEMBAYARAN BERJAYA
Diluluskan
Invoice Dibayar
Baki Dikemas Kini
Resit Tersedia
Wang sudah ditolak?

Jangan tekan Teruskan Pembayaran dan jangan buat pembayaran kali kedua.

Semak status terlebih dahulu. Jika masih tidak berubah, hubungi TASKA AMILAH dan berikan nombor rujukan PTA.

Bil ToyyibPay tidak dapat dibuka semula?

Jangan buat pembayaran baharu. Hubungi TASKA AMILAH dan berikan nombor PTA yang dipaparkan.

PTA2609-012
BANK TRANSFER

Pembayaran Bank Transfer

Buat pindahan bank dan hantar bukti pembayaran untuk semakan pihak TASKA AMILAH.

1
INVOIS

Pilih Invois

Pilih satu atau lebih invois yang ingin dibayar.

2
BANK

Buat Pindahan Bank

Buat pembayaran mengikut maklumat akaun bank TASKA AMILAH yang dipaparkan.

3
BUKTI BAYARAN

Simpan Bukti Pembayaran

Simpan resit atau bukti transaksi bank selepas pembayaran dibuat.

4
PORTAL YURAN

Submit Payment Proof

Kembali ke Portal Yuran dan tekan Submit Payment Proof.

5
BUKTI BAYARAN

Muat Naik & Hantar

Muat naik bukti pembayaran dan hantar untuk semakan pihak TASKA AMILAH.

SELEPAS BUKTI DIHANTAR

Pembayaran belum dianggap Diluluskan selepas bukti dihantar. Pihak TASKA AMILAH perlu menyemak dan mengesahkan pembayaran terlebih dahulu.

Selepas pembayaran diluluskan, status invois akan dikemas kini dan resit pembayaran akan tersedia.

BANK TRANSFER

Submit Payment Proof

Bukti pembayaran akan disemak oleh pihak TASKA AMILAH.

SEMASA MENUNGGU SEMAKAN

Jangan membuat pembayaran kali kedua bagi invois yang sama.

SEMAKAN BUKTI

Jika bukti tidak dapat disahkan

Ibu bapa/penjaga mungkin diminta memberikan maklumat tambahan seperti:

Bukti transaksi Tarikh pembayaran Jumlah pembayaran Nombor rujukan
Bukti Dihantar
Semakan TASKA AMILAH
Diluluskan
Resit Rasmi Tersedia
JIKA BUKTI PEMBAYARAN DITOLAK

Buka Sejarah Pembayaran dan semak Sebab penolakan / Rejection reason pada rekod berkenaan. Ikut arahan yang diberikan atau hubungi TASKA AMILAH untuk bantuan menghantar bukti yang betul. Jika wang telah ditolak daripada akaun bank, jangan buat pembayaran kedua.

RESIT

Resit Pembayaran

Resit rasmi tersedia selepas pembayaran berjaya disahkan.

RESIT RASMI Pembayaran Disahkan
SELEPAS BAYARAN

Selepas pembayaran diluluskan

Pembayaran direkodkan Invoice dikemas kini Resit rasmi dijana Resit boleh dilihat dalam Portal Yuran Resit PDF boleh dimuat turun
SEJARAH PEMBAYARAN

Gunakan bahagian Sejarah Pembayaran untuk menyemak rekod dan resit bayaran yang telah disahkan.

LIHAT, SIMPAN ATAU CETAK RESIT

Dalam Sejarah Pembayaran, tekan ikon Lihat resit atau Muat Turun / Cetak PDF pada pembayaran yang telah disahkan. Pada halaman resit, tekan Download / Print PDF, kemudian gunakan pilihan pelayar atau peranti untuk menyimpan sebagai PDF atau mencetak. Jika dibuka dalam aplikasi dan tidak boleh mencetak, buka pautan resit dalam pelayar seperti Safari atau Chrome.

BAYARAN YANG DIREKODKAN OLEH TASKA

Bayaran tunai, deposit bank, cek atau kaedah lain yang telah diterima dan direkodkan oleh pihak TASKA juga boleh disemak dalam portal bersama resitnya. Jika bayaran hanya sebahagian, baki invois masih perlu dijelaskan. Hubungi TASKA jika terdapat perbezaan pada rekod bayaran anda.

BANTUAN

Perlukan Bantuan?

Hubungi pihak TASKA AMILAH sekiranya menghadapi masalah berkaitan akaun, invois atau pembayaran.

Tidak menerima emel pendaftaran
Tidak boleh log masuk
Terlupa kata laluan
Invois tidak dipaparkan
Pembayaran tidak berjaya
Pembayaran Sedang Disemak
Resit tidak diterima
Masalah menghantar bukti pembayaran
PTA
Masalah berkaitan pembayaran?

Jika ada, sertakan bukti transaksi dan nombor rujukan pembayaran PTA anda bagi memudahkan semakan.

CONTOH NOMBOR RUJUKAN
PTA2609-012
Ingat

Jika wang telah ditolak tetapi status pembayaran belum disahkan, jangan membuat pembayaran kali kedua.

BANTUAN WHATSAPP DALAM PORTAL

Selepas log masuk ke Portal Yuran, tekan ikon WhatsApp di penjuru kanan bawah untuk menghubungi TASKA AMILAH. Mesej bantuan disediakan mengikut pilihan bahasa anda dan mengandungi nama akaun. Lengkapkan pertanyaan anda sebelum menghantar mesej.

PANDUAN PORTAL YURAN

Terima Kasih

Terima kasih kerana menggunakan Portal Yuran TASKA AMILAH.

Portal Yuran disediakan bagi memudahkan ibu bapa/penjaga menguruskan invois, pembayaran dan resit yuran anak.

PERLUKAN BANTUAN?

Hubungi TASKA AMILAH

Sekiranya anda mempunyai pertanyaan atau menghadapi masalah berkaitan Portal Yuran, sila hubungi TASKA AMILAH.

HUBUNGI TASKA AMILAH